Wednesday, 29 August 2012

NOVEL TIME!

Assalamualaikum. okay time kat kampung hari tu. adik saya Syuhada, saja-saja buat novel just for fun. and i think its really fun! Kami dah gabungkan idea kami nak buat story tuh. tapi baru satu bab. kalau ada masa nanti kitorang akan update lagi. hope you all enjoy reading! :D takde tajuk lagi. we just call this story as Emy's Story. :) Enjoy!



“Wahhhhh sumpah aku tak percaya! Betul ke ni dia. Arghh aku rasa macam orang gila dah.” Emy seolah-olah tidak percaya bahawa dia baru sahaja menerima surat daripada lelaki idamannya. Banyak persoalan yang berada difikirannya sekarang. Dia takut kawan-kawannya saja ingin mengenakan dia. Eh tapi boleh je kalau dia nak suka aku kan? Bertanya Emy kepada dirinya sendiri.
Hoi Emy! Bangun lah dari tadi aku kejut kau. Tak reti nak bangun lagi ke?! Tengking ibunya yang sudah bosan dengan perangai anaknya itu. Emy awak tu anak dara, bilik pun bersepah macam tong pecah dah ibu tengok. Cuba kemas sikit. Takkan lah semua benda nak suruh ibu buat. Keluh ibu Emy yang lebih suka digelar Mak Esah. Bagi Mak Esah pangkat Datin Seri itu tidak memberi apa-apa maksud. Lagipun jiran tetangga tidak mengetahui status sebenar mereka sekeluarga.
Lah aku mimpi ke? Ishh ibu ni orang tengah seronok-seronok mimpi. Kacau je. Berkata Emy yang tidak menghiraukan bebelan ibunya yang tidak ada noktah akhir. Apa?! Aku dah lambat nak ke kolej?! Matilah aku. Emy bergegas ke tandas untuk menyiapkan dirinya.
Emy memecut motor yang dinaikinya agar cepat sampai ke kolejnya. Aduh.. siapa pulak yang langgar aku ni. Katanya sambil mengutip kertas assignment yang berterbangan jatuh ke lantai. Err.. saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya nak bergegas ke kelas sebab saya terlewat bangun. Kata seorang pemuda dengan rasa serba salahnya.
Kau ingat kau ni siapa.. Emy terdiam apabila dia menoleh keatas. Rupa pemuda itu sungguh mirip dengan lelaki yang dia minati dalam mimpinya sendiri. Eh.. takpe saya tak kisah pun. Saya nak cepat juga ni. Maaf lah saya tengking awak tadi. Saya…. Eh! Eh! Saya yang salah. Saya yang langgar awak. Saya yang jalan tak pandang depan. Dalam otak ni fikir nak masuk kelas cepat je sampai tak perasan ada orang kat depan saya, kata lelaki misteri ni sambil tangan sibuk tunjuk kepala dia. “amboi mamat ni, aku tak habis cakap lagi dia dah membebel punya panjang. Nasib baik handsome. Ya Allah jantungku berdegup laju tengok dia senyum.” Errr.. awak cakap apa tadi? Alamak! Dia dengar ke? Aku ingat aku cakap dalam hati je. Sabar Emy! Sabar! Jangan tunjuk kau punya gelabah kau tu! Be cool! Yeah! Relax Emy. You can do it. Mana ada saya cakap apa apa. Awak salah dengar ni. Control Emy! Control! Macam terpaksa je senyum minah ni. Tapi comel juga dia ni. Hidung punyalah mancung dengan bibir mungil macam tu. Aduh! Boleh mencabar iman aku ni. Eh! Eh! Wait a minute! I think I know her. Yes!!! Memang dia! The same girl in my dream. Mamat ni tak puas hati dengan aku ke? Yang dia pergi tenung aku macam nak makan aku ni kenapa? Hello??? Sakit tangan aku ni lambai kat muka dia. Tak sedar sedar jugak. ASSALAMUALAIKUM! Waalaikummusalam! Huh? Kenapa awak jerit? Sakit telinga saya. Kesian lah pula tengok dia gosok telinga dia tu. Kuat ke aku jerit? Hehehehe kuat lah kut sampai semua pandang. Sorry! Awak mengelamun tadi. Saya sedarkan je. Ya Allah! Aku dah lambat! Awak! Saya pergi dulu. Dah lambat sangat ni. See you! Eh eh.. wait. Adoi terlepas sudah cepat betul perempuan ni jalan. Aku lupa pulak nak tanya dia kelas mana. Berkata lelaki itu kepada dirinya. Tapikan.. aku pun dah lambat ni! Lelaki itu berlari sekuat hatinya.
Siapa tak kenal lelaki kacukan France yang bernama Azam Daniel bin Dato’ Hamidi anak usahawan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malah nama Dato’ Hamidi ini terkenal di luar Negara juga. Syarikat Daniel’s Holdings merupakan salah sebuah syarikat yang amat maju dan banyak menyumbang jasa kepada negara. Azam Daniel.. nama yang sangat popular dikalangan wanita-wanita yang mengharapkan ‘prince charming’ datang ke sisi mereka. Tapi lain bagi Emy, dia tidak pernah tahu dan tidak berminat untuk mengambil tahu hal orang lain. Baginya kain sendiri tidak terjaga inikan pula nak jaga tepi kain orang. Azam tersedar dari khayalannya dan bergegas ke kelasnya dan dia pasti akan didenda kerana hari ini hari pertama dia mendaftarkan diri untuk jurusan engineering. Aku salah tengok ke? Kenapa aku selalu ingat minah ni? Adoyaii dia senyum pula? Memang sah aku kena check up lepas ni. Makin dekat makin kuat bau perfume yang turut hadir dalam mimpi aku beberapa hari ni. Wah, makin hebat bahasa melayu aku sekarang! Eh kesitu pula aku ni. Azam menggosok-gosok matannya dan wajah tulus mulus itu tetap ada disitu! Apa kena dengan aku ni? Assalamualaikum awak! Jumpa lagi kita ya? Ya Allah! Memang dia! Tapi kenapa dia berdiri kat sini ya? Waalaikummussalam. Kenapa awak berdiri kat sini? Awak sesat ke? Tak jumpa kelas awak ke? Eh apa aku mengarut ni. Dia kan dah lama kat sini mana boleh sesat. Gila agaknya aku ni! Saya tak sesatlah awak! Saya kena denda berdiri kat luar kelas ni sebab lambat masuk. Kesian saya kan? Emy bergurau. Denda? Luar kelas? Adakah maksud dia??? Oh ya! Awak baru lagi kat sini kan? Awak ambil course apa? Saya ambil engineering and this is my class. Opps!aku ni ada jodoh dengan dia ke? Are you kidding? Saya ambil course yang sama macam awak! Hahahaha kita ada jodoh kut? Azam tidak perasan dia tersenyum lebar. Comelnya dia senyum! Tergoda aku! Hahahaha gatal jugak aku ni ya? Excuse me mister? Can I know your name please? Dari tadi kita borak tapi tak tahu nama masing-masing kan? My name is Sharifah Emilia Hazlina binti Syed Ahmad Hazmin. Just call me Emy and nice to meet you. Tutur Emy sambil menundukkan sedikit wajahnya. Emy amat menjaga batas-batas sebagai seorang muslimah. Emy tidak pernah menyentuh lelaki ajnabi. Such a beautiful name! same with her owner. Azam memulakan bicara. Azam Daniel bin Hamidi nama diberi, baru datang ke sini untuk menabur bakti, salam memperkenalkan diri. Berpantunlah pulak mamat ni. Nasib betul pantun. Kesianlah pulak pantun tapi orang tak puji. Wah, hebat awak berpantun! Tersengih Azam mendengar pujian daripada gadis yang bernama Emy ni. Tapikan aku tak nak dia tahu aku ni anak dato’ nanti dia rasa segan pulak dengan aku. Sorry Azam. Aku bukan tak nak jujur tapi biarlah kau tak tahu aku ni anak tan sri. Tipu sunat tak salah kan? Hehehe. Apa bising-bising kat luar ni! Kamu tu dah lah pelajar baru, berani betul kamu datang lewat ke kelas saya. Kamu belum kenal siapa saya ye?! Kata lecturer yang agak berusia itu apabila pelajarannya tertanggu dek suara mereka berdua. Err.. sorry lah prof, kami tak sengaja. Chill okay chill. Kata Emy dengan selamber. Banyak lah chill kamu! Kalau kamu masih bising, saya akan suruh kamu berdiri di tengah panas. Kamu nak? Eh eh tak nak prof. Kata mereka serentak. Saya maafkan kamu kali ini tapi kamu tetap berada diluar. Faham? Faham prof! Kata mereka dengan semangatnya. Emy, saya nak tanya something ni. Boleh? Kata Azam untuk menyambung perbualan yang tertunggak sebentar tadi. Ada apa? Tanya lah. Balas Emy. Lecturer tadi nampak garang semacam je. Dia ajar okay ke? Ni buat saya takut ni. Awak jangan nak takut sangat dengan dia tu. Dia memang macam tu. Kami semua panggil dia “Angry Prof” sebab dia suka marah tak tentu pasal. Kata Emy sambil mengenyitkan mata kanannya. Alahai dia kenyit mata kat aku pulak. Ni buat aku cair ni. Omel Azam sendiri dalam hatinya. Ehem ehem awak ni buat saya takut je lah. Suka pandang saya macam tu. Tegur Emy kerana tidak selesa ditenung sebegitu. Hah? Apa? Apa? Kata azam seolah-olah tidak tahu apa-apa. Takde apa-apa lah. Haishh mamat ni buat aku malu je tenung lama-lama macam tu. Sabar je lah. Kalau ikutkan hati nak je aku lempang muka dia tadi. Tapi aku masih tahu siapa muhrim dan mahram aku. Eh cik adik, awak pula yang mengelamun ya? Perli Azam. Eh eh mana ada. Berkhayal sekejap je. Muka Emy sudah kemerah-merahan kerana malu diperli Azam. Sekarang pukul berapa ye? Tanya Azam. Hurm.. pukul 3 petang. Kenapa? Jawab Emy sambil melihat jam tangan kesayangannya itu yang berjenama Casio. Jam itu hadiah pemberian ayahnya kepada dia. Pukul 3 dah? Eh kelas dah habis dah lah. Macam mana kita boleh tak perasan ya? Terkejut Azam kerana terlalu leka berbual dengan Emy dari tadi. Oh ya lah kan. Kata Emy bersama tawanya yang comel. Kafe dekat mana Emy? Hah? Kafe? Oh awak tak tahu lagi ye. Jom saya bawa awak ke kafe lepastu kita jalan-jalan pusing kolej. Betul ke ni? Saya okay je.
WHAT?!! Si Emy kampung tu tengah baik dengan Azam? Anak Dato’ Hamidi? Crush I? Ye Maya, kami sendiri nampak yang Emy dengan Azam tengah lepak sekali dekat kafe tadi. Kata Intan dan Zara yang merupakan rakan karib Maya atau lebih dikenali sebagai “diva” di kolej ini. Ramai lelaki yang tergila-gilakan dia. Tapi sayangnya tiada seorang pun yang dia terima sehingga lah muncul seorang jejaka yang sangat tampan ke kolej itu, iaitu Azam. You berdua ni biar betul? Kurang ajar betul lah budak kampung tak sedar diri tu. Macam mana lah si Azam ni boleh pandang dia. Seriously I said. Kata Zara. Eh eh tu bukan Azam ke? Betul lah! Eh tepi lah you ni. I want to introduce myself to him. Kata Maya dengan sombongnya. New student ke? Tanya Maya kepada Azam sambil menghulurkan tangannya tanda salam perkenalan. Yes, I am. You are? Balas Azam yang terkejut apabila ditegur Maya namun salam Maya tidak disambutnya. Oh me? Nama I Maya. Sorry sebab tegur you macam tu je. Maya cepat cepat menarik tangannya yang tidak bersambut dengan muka yang merah padam menahan amarah dan malu. Oh, its okay. Nice to know you. Ada apa ye? Tanya Azam kembali. I just nak kenal je. Nothing else. Kalau you tak suka takpe lah. I pergi dulu ye. Kata Maya untuk menarik perhatian Azam. Oh kalau macam tu saya minta diri dulu. Excuse me? Awak halang jalan saya. Maya segera beredar dengan geramnya meninggalkan Azam. Kecoh betul minah sorang ni, apa masalah dia pun tak tahu lah. Gedik semacam aku tengok. Sempat lagi Azam mengomel sendirian sebelum bergegas ke kelasnya.
Awalnya kamu balik Emy? Takde kelas dah ke? Tanya Mak Esah apabila melihat Emy sudah sampai ke rumah. Ada.. tapi saya rasa tak sedap badan lah. Kata Emy dengan suara yang perlahan dan lemah. Ish kamu ni sakit sikit je terus nak balik. Apa lah nak jadi dengan kamu ni Emilia. Tanpa menghiraukan ibunya Emy terus menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Haihh bertuah punya anak. Aku bercakap dengan dia, dia boleh naik macam tu je. Sabar Aisyah sabar. Emy terus merehatkan badannya yang lemah itu ke atas katil di dalam biliknya yang sangat luas itu. Asal aku asyik teringat mamat sengal tu hah? Jangan cakap aku suka dia lah. Tak mungkin, ini mustahil. Mungkin dia dah berpunya. Ya Allah, tolonglah hilangkan perasaan ini. Hish mana Emy ni, tadi dia kata dia nak pergi tandas. Lama betul dia kat tandas tu. Takkan dia balik kut sebab tadi aku nampak dia macam tak sihat je. Kelas belum habis lagi tak mungkin dia balik. Merayau lah tu budak perempuan ni. Ish ish ish teruk teruk teruk. Kata Azam sambil meniru lagat Ipin dalam kartun kanak-kanak Upin dan Ipin. Azam! Hah? Ye Encik Muzzamil? Haih kamu ni mengelamun pasal siapa dari tadi saya panggil kamu tapi kamu langsung tidak menghiraukan saya. Maafkan saya, saya tak sihat sikit ni. Azam cuba mencari alasan agar tidak dimarahinya. Semua menoleh kearah Azam dan ketawa kecil melihat gelagat Azam yang seperti orang yang tiada hala tuju. Muka Azam mula kemerah-merahan kerana malu ditertawakan rakan-rakan. Dia cuba menutupi malunya itu dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Aku ni dah angau dengan si Emy tu ke? Tak kan aku boleh suka orang macam tu kut? Perangai pun macam lelaki. Garang semacam je aku tengok dia tu. AZAM!!!! Azam terbangun dari kerusinya dan terus mengemas buku-bukunya untuk beredar. Kamu nak kemana pulak tu Azam? Aik? Bukan kelas dah habis ke Encik Muzzamil? Hahahahahaha suara tawa rakan sekelasnya makin kuat kedengaran. Saya nak awak tulis balik semua yang dipapan ni sebanyak 50 kali. Faham? Tahulah Azam bahawa dia sememangnya sedang angau sampaikan tidak sedar dengan apa yang terjadi di sekelilingnya.
Dummm! Maya menghempaskan pintu sekuat hatinya. Kau tunggu Azam! Kau tunggu! Kau belum kenal siapa Maya. Marah Maya dengan senyuman yang meleret. Kau ingat budak kampung macam kau tu Emy boleh dapat anak dato’? Dalam mimpi pun belum tentu kau dapat. Mak bapak kau pun kerja tak menentu and kau fikir Azam akan suka kau? Kau bodoh Emy! Bodoh! Permainan baru bermula Emy. Kau tunggu Emy! Kau tunggu Azam! Korang akan kenal the real Maya Damia anak kepada Dato’ Johari. Maya tidur selena-lenanya pada malam itu di rumah banglo 3 tingkat itu. Abang tengok perangai anak kesayangan awak tu makin hari makin susah nak dikawal. Adu Dato’ Johari kepada isterinya, Datin Diana. Budak tengah membesar bang, memanglah macam tu. Datin Diana cuba mempertahankan anak tunggalnya walau hakikatnya memang suaminya tidak akan mempedulikannya. Awak manjakanlah anak awak tu. Nanti dia pijak kepala awak baru awak menyesal. Dato’ Johari cuba menyedarkan isterinya. Awak pun apa kurangnya. Selalu juga manjakan anak kita itu. Balas Datin Diana sambil mengerlingkan matanya kearah lain. Eh eh kita pula yang yang kena balik. Ye lah Datin Diana binti Haji Daud saya yang salah. Aku juga yang kena mengalah. Kalau tidak makin panjang lah yang jawapan yang diberikan. Dari kecil sampai ke tua pun perangai dia ni tetap maintain je. Haih.. Keluh panjang Dato’ Johari apabila isterinya menunding jari kearahnya balik. Dah awak tercegat lagi kat situ kenapa? Tak reti-reti lagi nak pergi tidur? Dah lewat malam dah ni. Esok awak tu ada meeting dekat pejabat. Bebelan Datin Diana itu menyedarkan Dato’ Johari dari lamunannya sebentar tadi. Iye saya nak masuk tidur lah ni. Kata Dato’ Johari sambil memicit-micit kepalanya yang semakin pening apabila isterinya tidak henti-henti membebel dari tadi. Walaupun Dato’ Johari dan Datin Diana sudah agak berusia tetapi perangai mereka berdua tidak kalah dengan budak 5 tahun. Ketika berada di pejabat baru lah sikap matangnya menonjol. Kalau ada dirumah sepanjang hari macam-macam boleh terjadi. Walaubagaimanapun, mereka sekeluarga tetap hidup dengan baik.
Apa dah kena dengan aku ni? Asal aku tak boleh tidur? Takkan sebab mamat sengal tu kut. Bebel Emy sendiri didalam biliknya. Aduh, macam mana kalau aku suka dia nanti. Tiba-tiba dia ada awek. Aku taknak kecewa macam sebelum ini. Emy teringat balik kisah peritnya bersama lelaki yang pernah dia cintai seketika dahulu. Emy rasa dia lah orang yang paling bertuah kerana mendapat dia jejaka yang paling digilai ramai iaitu Syazul. Perkara ini masih segar lagi dalam ingatannya. Suatu hari, Emy terima satu nota darinya yang tertulis “Aku Suka Kamu”. Bila Syazul cuba mendekati Emy hatinya pasti akan merasakan sesuatu. Bila berjumpa pula Syazul selalu senyum kepadanya. Hati Emy selalu rasa tak menentu. Bukan tak tahu Emy ini seorang yang gelabah. Rakan-rakannya ketika dibangku sekolah selalu menggelarnya “minah gabra” tapi Emy langsung tidak menghiraukan panggilan itu. Emy masih ingat lagi ketika itu dia mahu pulang ke rumahnya kerana kelas sudah tamat. Namun, Syazul sudah tercegat didepan pagar untuk menanti kehadiran Emy. Ikutkan hati nak je Emy lari waktu itu. Kalau orang dah tegur kita, takkan nak lari pula kan. Jadi Emy pun memberanikan diri untuk bercakap dengan lelaki. Semenjak hari itu, Emy dan Syazul selalu keluar bersama. Tidak semua orang senang melihat hubungan mereka berdua. Ada juga yang cuba menindas Emy. Katanya Emy cuba merampas Syazul daripadanya. Kadang-kadang Emy juga berasa sedih kerana sering dituduh sebegitu rupa. Namun, cintanya terhadap Syazul tidak pernah pudar. Setiap hari Emy akan menunggu Syazul sebelum masuk ke kelas. Tapi sudah beberapa hari Syazul sudah tidak hadir ke kolej. Semakin hari Emy semakin risau. Sudah sekian lama dia jadian dengan Syazul tidak pernah sekali pun Emy diajak ke rumahnya. Tengok dari luar sahaja pun tidak pernah apatah lagi hendak masuk ke rumah Syazul. Dia cuba bertanyakan alamat rumah Syazul pada rakan karib Syazul tapi alasannya semua sama. Syazul minta supaya merahsiakan alamat rumahnya daripada sesiapa pun termasuk Emy. Emy sudah cuba mencarinya di sekitar Kuala Lumpur tapi tidak dijumpainya. Sehingga lah suatu ketika ini. Emy ketika itu ingin mencari barang keperluan untuk dirinya di Mid Valley. Tiba-tiba dia melihat kelibat seorang lelaki yang mirip dengan Syazul sedang berjalan-jalan di sekitar Mid Valley bersama seorang perempuan yang sangat cantik dan bergaya. Dia cuba mengekorinya dari belakang. Selepas berjaya menahan air matanya daripada terus menyentuh pipinya. Dia sedaya upaya memberanikan diri untuk menegur  lelaki itu. Emm.. assalamualaikum awak. Lama kita tak jumpa kan? Kemana awak menghilangkan diri? Kata Emy untuk memulakan bicara. Waalaikumussalaam. Apa awak buat dekat sini? Balas Syazul sambil sedikit demi sedikit menjauhkan diri daripada perempuan yang bersamanya tadi. Tanpa disedari air mata Emy sudah membasahi pipinya yang gebu itu. Syazul ingin mengesat air mata Emy dari terus membasahi bumi tapi tangannya ditepis dengan cepat oleh Emy. Kenapa awak lama tak pergi kolej? Mana awak pergi? Dah lama saya tunggu. Kalau saya ada salah bagitahu lah saya. Jangan buat saya macam ini. Sambung Emy dengan teresak-esak kerana tidak dapat lagi menahan air matanya itu. You, siapa ni you? You kenal dia ke? Kenapa dia menangis? Gila lah perempuan ni. Please stay away from my boy. Kata perempuan yang bersama Syazul tadi kerana perasan dia langsung tidak dihiraukan. Dia hanya berdiri di situ seperti tunggul dari tadi. What? Your boy? Oh your boy. Hurm okay. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri kerana terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh perempuan itu. Sara! Please shut your mouth! You don’t know anything about me! Tengking Syazul kerana sudah tidak tahan dengan perangai perempuan itu. Dengan pantas Syazul menarik Emy untuk ke tempat lain dan jauh daripada Sara. Awak saya minta maaf. Semua ini bukan kehendak saya tapi ibu bapa saya. Saya tak boleh nak buat apa-apa awak. Saya buntu sangat. Saya telah dijodohkan dengan Sara dan akan bertunang tahun depan atas urusan perniagaan. Syazul sedaya upaya untuk menenangkan hati Emy yang masih terluka itu. Dah kenapa sampai tak pergi kolej? Dah tak sabar sangat ke nak kahwin dengan perempuan tu? Balas Emy dengan nada yang agak tinggi. Bukan macam tu awak. Saya dah cakap dekat parent saya pasal kita dan mereka membuat keputusan supaya saya berpindah ke kolej lain. Alasan mereka adalah untuk menjauhkan kita berdua dan memisahkan kita. Kendur saja suara Syazul ketika itu. Dia ingat aku boleh percayakan cakap dia lagi ke? Jangan haraplah! Enough is enough! Saya tak nak dengar alasan awak lagi! Lelaki semuanya sama! Kita putus and don’t ever contact me again! And you! Lurus sahaja telunjuk Emy ke muka Sara. Hope you jaga Syazul baik-baik. I lepaskan dia untuk you. Emy! Wait! Syazul cuba mengejar Emy, namun segalanya sia-sia kerana Emy lebih pantas bertindak. Maafkan aku Syazul. Maafkan aku! Aku tak sanggup melihat kau dengan orang lain. Cinta aku terhadap kau biarlah dia bersemadi didalam hati ni sahaja. Emy menahan air matanya daripada gugur ke pipi. I have to be strong! Aku bukan perempuan lemah! Go Emy! Go! Emy segera beredar dari tempat persembunyiannya setelah yakin bahawa Syazul telah putus asa mencari dirinya. Aku tak mahu kau jadi anak derhaka Syazul. I love you so much and sebab tu aku nak kau dapat yang terbaik. Dan selepas peristiwa pahit itu, Emy tidak pernah percayakan lelaki dan dia juga tidak pernah menemui Syazul ataupun Sara dimana-mana. Bukan dia tidak pernah mencari kelibat Syazul itu tapi mungkin mereka sudah memang tiada jodoh sehinggakan terserempak pun tidak pernah. 

Okay tak? sorry lah kalau yang terperasan ada nama dia kat sini. ni lah kalau tengah bosan. semua nama nak masukkan kan. :D chill okay? 
Karya SyaimaaAlbakeri & SyuhadaAlbakeri.

1 comment:

  1. wahh!! teruskan , memang best kot :D hehhe.
    aku sokong walaupun aku tak minat baca novel :D

    ReplyDelete